Carian
Instagram Stories Kini Digunakan Lebih 400 Juta Pengguna Setiap Hari
June 29, 2018 Aman

Instagram Stories merupakan salah satu format perkongsian yang telah diperkenalkan pada perkhidmatan perkongsian gambar dan video berkenaan sebelum ini. Melaluinya, ia membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam.

Hari ini, berkongsi statistik semasa, Instagram mengumumkan Instagram Stories kini digunakan oleh 400 juta pengguna seluruh dunia setiap hari.

Instagram

Angka ini boleh dikatakan agak tinggi, dan semakin meningkat dari hari ke hari. Malah, pihak Facebook sendiri telah menyasarkan yang mana perkongsian berbentuk Stories ini akan melangkaui perkongsian berbentuk biasa menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Buat masa ini, antara perkhidmatan yang mengintegrasikan fungsi seumpamanya adalah termasuk Facebook, WhatsApp dan Instagram. Ciri awal yang diinspirasikan daripada Snapchat ini turut dijangka akan hadir ke YouTube tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari fungsi Instagram Stories ini?

Komen