OnePlus 6 Berwarna Merah Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
Fahim Zahar
OnePlus 6 adalah telefon pintar kelas utama OnePlus untuk tahun 2018. Ia dijana dengan cip Snapdragon 845 dan hadir dengan memori sehingga 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. Terbaru dari OnePlus adalah, OnePlus 6 berwarna merah bakal dilancarkan.
Now initiating: C61422. Do you wish to continue? https://t.co/QTDxIcWP5N #OnePlus6 pic.twitter.com/mTyjqk5FZZ
— OnePlus (@oneplus) June 29, 2018
Sejak ia dilancarkan hanya warna Mirror Black, Midnight Black, Silk White dan edisi khas Avengers berwarna ungu gentian karbon sahaja yang ditawarkan. OnePlus kali ini dilihat turut akan menawarkan variasi warna merah until OnePlus 6 seperti yang pernah kita lihat hadir pada OnePlus 5T Lava Red pada November tahun lepas.
Oh hey what do we have here 👀 @OnePlus pic.twitter.com/A3eknmAEA8
— Marques Brownlee (@MKBHD) June 29, 2018
Buat masa ini, harga jualan dan tarikh OnePlus 6 dengan pilihan warna merah ini masih tidak diketahui lagi. Dengan desas-desus awal berkaitan OnePlus 6T yang sayu-sayu kedengaran, ia akan menjadi sedikit sukar untuk pihak OnePlus menarik pembeli sekiranya peranti variasi berwarna merah ini lewat diperkenalkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.