OnePlus 5T Berwarna Lava Red Dilancarkan Di China

OnePlus 5T Berwarna Lava Red Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

OnePlus 5T baru sahaja dilancarkan di China. Menarik sekali ialah OnePlus telah melancarkan versi berwarna merah khusus untuk negara asal mereka. Warna merah ini mempunyai tona yang sama seperti yang dilihat pada Oppo F5 6GB Red Edition sebelum ini.

Di China OnePlus 5T dengan warna Lava Red dijual dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB. Tidak diketahui sama ada versi ini akan ditawarkan untuk pasaran global. Pada hemat kami warna Lava Red ini jauh lebih menarik berbanding Midgnight Black yang ditawarkan sebelum ini.

OnePlus 5T Lava Red ialah peranti dengan odskrin 6″ Optic AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 8 GB, storan 128GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh.


TIPS & ULASAN