Ramai yang membeli peranti baru kerana kurang berpuasa hati dengan kemampuan grafik sedia ada. Dengan permua semakin popular, peranti dengan kemampuan grafik yang tinggi adalah keperluan. Oleh itu apabila Huawei mengumumkan teknologi GPU Turbo ia amat menggembirakan pengguna peranti mereka. Melalui GPU Turbo, kemampuan grafik akan meningkat sehingga 60% tetapi mengurangkan penggunaan peranti sebanyak 30%.
Huawei telah mengumumkan tarikh bilakah GPU Turbo akan diterima pada peranti di luar China. Sebelum ini hanya tarikh kemaskini untuk peranti pasaran China sahaja diumumkan mereka. Senarai lengkap peranti, pasaran dan tarikh kemaskini diberikan adalah seperti di bawah.
Peranti Huawei
Peranti | Pasaran | Tarikh Kemaskini |
Huawei P20 and P20 Pro | Eropah, Rusia, Asia Pasifik, Afrika, Timur Tengah | 18 Ogos |
Huawei Mate 10, Mate Pro, Mate RS | Eropah, Rusia, Asia Pasifik, Afrika, Timur Tengah | 18 Ogos |
Huawei P20 Lite | Eropah, Rusia, Asia Pasifik, Afrika, Timur Tengah | 18 September |
Huawei P Smart | Semua | 18 September |
Huawei Nova 2i, Mate 10 Lite | Semua | 18 September |
Huawei Y9 2018 | Semua | 18 September |
Huawei Mate 9 | Semua | 18 November |
Huawei Mate 9 Pro | Semua | 18 November |
Huawei P10 Plus | Semua | 18 November |
Huawei P10 | Semua | 18 November |
Peranti Honor
Peranti | Pasaran | Tarikh Kemaskini |
Honor 10 | Asia Pasifik, Eropah, India, Rusia, Timur Tengah | 18 Ogos |
Honor 9 Lite | Asia Pasifik, Eropah, India, Rusia, Timur Tengah | 18 September |
Honor V10 | Asia Pasifik, Eropah, India, Rusia, Timur Tengah | 18 September |
Honor 7X | Semua | 18 September |
Honor 8 Pro | Semua | 18 November |
Honor 9 | Semua | 18 November |