Carian
Teknologi Multi-Lensa Untuk Kamera Daripada Light Bakal Hadir Ke Telefon Pintar
July 1, 2018 Aman

Pada 2015 yang lepas, kita telah melihat Light, salah satu syarikat teknologi hadir dengan kamera L16 yang mengintegrasikan 16 lensa terbina padanya untuk rakaman gambar. Dengan penggunaan multi-lensa ini, ia membolehkan rakaman gambar berkualiti DSLR dihasilkan. Ia dijayakan dengan merakamkan sekitar lebih 10 rakaman pada jarak fokal berbeza yang disatukan menjadi satu gambar.

Kini, selang beberapa tahun, laporan baru hadir mengatakan Light sedang dalam proses untuk membawa teknologi multi-lensa berkenaan ke telefon pintar.

Light-L16-2

Malah, melalui gambar telefon prototaip yang dikongsikan bersama Washington Post, Light memperlihatkan penggunaan sehingga sembilan lensa pada kamera belakang sebuah telefon pintar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah pengeluar yang akan mengintegrasikan teknologi berkenaan.

Sejak pengenalan Huawei P20 pada tahun ini, pelbagai pengeluar turut sama telah mula melihat untuk mengintegrasikan tiga lensa kamera untuk rakaman kamera belakang – dan perang menambah bilangan lensa ini dijangka akan berterusan untuk setahun dua ini.

Komen