Cari @ Amanz

Jumaat lalu OnePlus 6 berwarna merah telah diperacahkan di media sosial. Pada ini OnePlus 6 Red akhirnya diumumkan secara rasmi. Warna peranti secara rasminya diberi nama OnePlus 6 Red. Peranti ini masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama seperti versi warna putih yang ditawarkan sebelum ini. Ia akan mula dijual di Eropah dan Amerika Syarikat pada 10 julai ini pada harga $579 (~RM 2339) sebuah. Tidak diketahui bilakah ia akan memasuki pasaran global buat masa ini.

OnePlus 6 Red dilengkapi dengan skrin bertakuk 6.28″ Optic Amoled FHD+, dijana dengan Snapdragon 845, mempunyai memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS2.1, dwi-kamera menegak 16+20 Megapixel  f/1.7 dengan OIS dan EIS, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 3300mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd