Cari @ Amanz

Beberapa bulan lepas, telah saya ajar cara untuk memasang tema Substratum pada peranti yang menjalankan Android Oreo berasaskan Android asli. Selepas Android P percubaan pembangun pertama dilancarkan – Google menghalang sebarang pemasangan tema pihak ketiga. Kini dalam aplikasi Substratum beta versi 997, pemasangan tema pihak ketiga kini boleh dilakukan.

Disebabkan Google mengalang kebenaran memasang tema yang memerlukan sistem diubahsuai – root diperlukan bagi menjayakan proses pemasangan tema ini. Jadi, pemasangan tema Substratum tanpa root dengan menggunakan Andromeda tidak boleh digunakan.

Cara memasang amat mudah,

  1. Pastikan peranti anda telah diroot

2. Muat turun aplikasi “substratum theme engine” di Play Store

  1. Beli atau muat turun secara percuma tema-tema Substratum

Selepas selesai semua aplikasi yang diperlukan, anda hanya perlu memilih tema yang anda suka dan pasangkan pada peranti.

  • Info
  • AMARAN: Substratum untuk Android P masih lagi beta, dan masalah pada peranti seperti bootloop mungkin akan berlaku.

Antara peranti yang menyokong Substratum beta untuk Android P ini adalah, Google Pixel/Pixel XL, Google Pixel 2/Pixel 2 XL, Essential Phone, Nokia 6.1/7 (China), Nokia 7 Plus, OnePlus 6, Oppo R15 Pro, Sony Xperia XZ2, Vivo X21UD, Vivo X21 dan Xiaomi Mi Mix 2S.

Jika anda adalah pemilik peranti-peranti ini dan menjalankan Android P, anda boleh cuba. Tetapi ingat, berhati-hati dan ikuti langkah yang benar jika tidak ingin peranti anda mengalami masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd