Cari @ Amanz

Penggunaan sosial media tidak dinafikan adalah berleluasa di seluruh dunia. Hampir semua yang memiliki peranti pintar pasti akan ada aplikasi sosial media digunakan. Di Uganda, rakyat di sana dikenakan caj harian bagi menggunakan aplikasi media sosial.

Sama ada menggunakan Facebook, Twitter, Instagram ataupun WhatsApp – syarikat telekomunikasi di Uganda akan caj pengguna sebanyak 20 Schilling (~ 20 Sen) sehari. Kerajaan Uganda mengharapkan dapat menjana sehingga RM1.4 Bilion. Perkara ini adalah strategi Presiden Uganda, Yoveri Museveni bagi mengalahkan saingan beliau.

Sebelum ini di Emiriah Arab Bersatu – Penggalak media sosial perlu mempunyai lesen jika mahu beroperasi di negara sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd