Cari @ Amanz

Televisyen Samsung The Frame adalah unik di pasaran kerana ia adalah anjakan paradigma kepada rekaan televisten sedia ada. Ia secara harfiah sebuah televisyen yang kelihatan seperti sebuah bingkai gambar. Apabila tidak digunakan sebagai televisten, ia boleh memaparkan gambar-gambar berkualiti tinggi bagi menghiasi ruang tamu.

Model kemaskini The FrameĀ  2018 baru sahaja dilancarkan dan membawakan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Pertama sekali “bingkai gambar” televisyen kini boleh ditukar ganti mengikut mood pengguna. Ia bersambung menggunakan magnet dengan pilihan bingkai walnut, hitam, putih dan beige. Menerusi perkhidmatan langganan ArtStore, pengguna boleh memaparkan hasil seni terkemuka mengikut citarasa peribadi. Pilihan hasil seni juga boleh dilakukan secara automatik mengikut tema yang dipilih.

Seperti televisyen QLED 2018 yang baru dilancarkan, ia boleh disambung ke dinding tanpa ruang kosong menerusi sistem No Gap Wall Mount. Sambungan hanya satu wayar nipis turut dibawa dari sistem QLED ke The Frame tahun ini. Kesemua wayar kuasa dan sambungan AV hanya memerlukan satu wayar menerusi sistem ini.

The Frame 2018 ditawarkan dalam saiz 55 dan 65 inci dengan skrin 4K serta sokongan HDR. Sistem operasi pintar Tizen digunakan lengkap dengan aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube. Kedua-dua model sudah mula dijual di Amerika Syarikat pada harga $2,000 (~RM 8100) untuk model 55″ dan $2,800 (~RM 11830) untuk model 65″. Bingkai tambahan dijual berasingan pada harga bermula dari $200 (RM 810).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd