TM Akan Hadir Dengan Naik-Taraf Khas Untuk Streamyx Mulai 15 Julai 2018
Aman
Bersama-sama dengan pengumuman penurunan harga untuk pakej Unifi, pihak Telekom Malaysia juga hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mulakan naik-taraf khas untuk pelanggan Streamyx mulai 15 Julai 2018 kelak. Naik-taraf khas ini dijangka melibatkan pelanggan Streamyx yang mana kawasan mereka sedia disokong dengan rangkaian Unifi.

Streamyx atau kini dikenali dengan nama Pra-Unifi boleh dikatakan agak mahal untuk penawaran yang disediakan. Pakej 1Mbps sendiri ditawarkan pada harga RM110 – yang mana boleh dikatakan agak mahal untuk pengguna. Apa lagi dengan TM yang umumkan pakej Unifi 30Mbps yang menyasarkan pengguna B40, semestinya ramai turut menantikan naik-taraf dan penurunan harga untuk Streamyx.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran khas ini dalam minggu akan datang. Mungkinkah kita akan melihat naik-taraf kelajuan dan penurunan harga diumumkan oleh TM untuk pengguna Streamyx yang masih belum disokong dengan talian Unifi di kawasan mereka?
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.