Carian
BlackBerry Key2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 Julai
July 4, 2018 Effi Saharudin

Telefon pintar dengan papan kekunci masih mempunyai jumlah peminat yang ramai terutamanya dari kalangan pengguna profesional. Bagi yang menantikan BlackBerry Key2, peranti ini akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada 10 Julai hadapan. Pelancarannya berlaku lebih kurang sebulan selepas ia dilancarkan pada bulan Jun lalu.

BlackBerry Key2BlackBerry Key2 hadir dengan skrin 4.5-inci LCD dengan nisbah 3:2, selain papan kekunci fizikal pada bahagian bawah. Rekaan bingkai juga sedikit dinipiskan, termasuk saiz papan kekunci yang lebih baik berbanding model terdahulu. BlackBerry juga turut menambah sebuah kekunci khusus dinamakan Speed Key yang membolehkan anda menggunakannya untuk mengakses sekitar 52 pintasan dengan pantas.

Telefon pintar ini turut menggunakan cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 12+12 Megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri sebesar 3500mAh. Nantikan pelancarannya dalam masa beberapa hari sahaja lagi,

Komen