Spotify Berkongsi Statistik Pengguna Tempatan Sempena Ulang Tahun Ke Lima Beroperasi Di Malaysia

Spotify Berkongsi Statistik Pengguna Tempatan Sempena Ulang Tahun Ke Lima Beroperasi Di Malaysia

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Spotify menyambut ulang tahun ke-lima memulakan operasi di Malaysia pada bulan April yang lalu. Bagi menyambutnya, mereka telah berkongsi beberapa statistik menarik mengenai tabiat pengguna negara kita. Tidak mengejutkan Dato Siti Nurhaliza ialah artis wanita dengan jumlah penstriman tertinggi sejak lima tahu yang lalu. Faizal Tahir dan Unic pula masing-masing menjuarai kategori artis lelaki dan kumpulan dengan penstriman yang tinggi.

Artis antarabangsa dengan penstriman tertinggi pula ialah Ed Sheeran yang diikuti pula oleh kumpulan Chainsmokers dan Coldplay. Sebuah lagi statistik menarik ialah muzik K-Pop distrim lebih 1.4 bilion jam yang bersamaan dengan mendengar muzik berterusan selama hampir 160,000 tahun. Jelas sekali ini ialah genre muzik yang amat popular di negara kita.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Siapakah artis yang paling kerap distrim menggunakan Spotify? Di markas Amanz takhta dipegang oleh Kyary Pamyu Pamyu.


TIPS & ULASAN