Carian
Baidu Memperlihatkan Bas Swapandu Apolong
July 5, 2018 Effi Saharudin

Beidu ialah Google versi China. Seperti Google, Baidu turut mempunyai projek kenderaan swapandu mereka sendiri dalam bentuk bas. Bas yang diberikan nama Apolong ini sudah dibangunkan sejak Oktober 2017 dengan kemampuan membawa sehingga 14 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia akan memulakan operasi pada bulan November hadapan di Shenzen dan Beijing. Dalam operasi awal, Apolong akan digunakan pada kawasan taman dan lapangan terbang untuk kegunaan pengunjung.

Apolong menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik. Tubuh kenderaan pula diperbuat daripada bahan komposit dan kaca. Sistem radar laser, kamera stereoskopik, kamera HDR, radar gelombang milimeter dan cip pemproses Kunlun yang digunakan memberikannya kemampuan swapandu tahap 4. Ini bermakna ia boleh beroperasi tanpa manusia tetapi di dalam kawasan yang dihadkan. Langkah seterusnya ialah kemampuan swapandu tahap 5 yang memberikannya kebebasan memandu tanpa sebarang input manusia. Sistem operasi terbuka Apollo digunakan untuk mengawal bas ini.

Selepas China, ia akan dieksport ke Jepun kerana program ini dihasilkan dengan kerjasama SB Drive yang merupakan sayap kenderaan swapandu Softbank.

Komen