Maybank2U Dalam Persiapan Mengaktifkan Antaramuka Baru Kepada Semua Pengguna

Maybank2U Dalam Persiapan Mengaktifkan Antaramuka Baru Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Maybank kini nampaknya telah mula dalam perancangan untuk mengaktifkan rekaan antaramuka baru web Maybank2U kepada semua pengguna tempatan.

Ia dilihat Maybank telah mula mengubah paparan halaman utama dengan menekankan kepada rekaan antaramuka baru – tetapi masih memberikan akses kepada rekaan klasik halaman perbankan atas talian berkenaan.

Maybank2U Baru

Hal ini berbeza dengan pengenalan antaramuka baru ini dalam bentuk beta beberapa bulan sebelum ini – dimana rekaan halaman utama hadir dengan rekaan klasik, dan hanya memaparkan pautan ke halaman rekaan baru sebagai pilihan. Ini secara tidak langsung memberikan petanda yang mana pengaktifan antaramuka baru untuk semua akan dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah antaramuka baru akan diaktifkan untuk semua pengguna di desktop. Untuk pengguna di peranti mudah-alih, ia telah diaktifkan sejak beberapa minggu yang lepas.

Layari : Maybank2U


TIPS & ULASAN