BlackBerry dijangka hadir dengan sebuah telefon pintar baru yang dinamakan dengan nama kod “Ghost” pada tahun ini. Beberapa bulan lepas, maklumat awal mengenainya hadir mengatakan ia bakal membawakan rekaan nirbingkai, serta hadir dengan sokongan rakaman gambar yang baik melaluinya.
Hari ini, berkongsi info lanjut mengenainya, @evleaks yang terkenal dalam penirisan pelbagai informasi sebelum dilancarkan, mengatakan BlackBerry Ghost akan hadir dengan bateri 4000mAh.
Ini sekaligus akan menjadikan BlackBerry Ghost antara telefon pintar mercu 2018 yang hadir dengan bateri berkapasiti tinggi. Dengan pengoptimasian penggunaan bateri, ia akan sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti lebih sehari tanpa masalah.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry Ghost ini akan dilancarkan. Ia turut diperkatakan yang mana peranti ini akan memfokuskan kepada pengguna di pasaran India.
One more Ghost tidbit: it's got a 4,000mAh battery, which would be one of the largest in a flagship-class device.
— Evan Blass (@evleaks) July 5, 2018