Cari @ Amanz

Internet dicipta bagi memudahkan perkongsian data dan maklumat tanpa halangan batasan geografi. Sistem awal yang dibangunkan menyambungkan institusi pengajian tinggi bagi memastikan maklumat yang dikumpul tidak akan hilang sekiranya berlaku serangan nuklear. Kini usaha muda saintis yang murni telah digunakan untuk berkongsi kandungan yang sia-sia seperti pornografi.

Kamera Sekuriti Pantau

Menurut laporan The New Straits Times, pihak Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (D11) kini mempunyai Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC). Ia mampu mengesan pengguna Malaysia yang melayari serta memuat turun kandungan lucah terutamanya yang mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Perisian Internet Crime Against Children — Child Online Protective Services (ICACCOPS) digunakan untuk mengesan alamat IP pengguna Malaysia yang melayari laman-laman lucah ini. Pihak PDRM kemudian boleh memanggil individu untuk disoal siasat atau ditahan bagi membantu siasatan.

Pembentukan unik baharu ini serta penggunaan perisian ICACOPS adalah langkah PDRM untuk membendung masalah pornografi kanak-kanak di Malaysia. Malaysia adalah negara dengan jumlah paling tinggi mengakses kandungan pornografi kanak-kanak bawah umur di Asia Tenggara menurut laporan Polis Belanda.

Anggota PDRM juga sedang menerima latihan di luar negara dengan bantuan dari pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat. Selain daripada itu pihak PDRM turut bekerjasama dengan pihak SKMM untuk menghalang akses ke laman-laman web lucah. Jadi ingatlah tabiat melayari laman web lucah anda kini dipantau bukan sahaja oleh Raqib dan Atib tetapi juga oleh PDRM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd