Cari @ Amanz

Pengeluar dengan pegangan pasaran telefon pintar terbesar dunia ialah India. Mengikut Strategy Analytics, Samsung menjual hampir 318 juta peranti tahun lalu bersamaan dengan 21.1% penangan pasaran di hadapan Apple (14.3%) dan Huawei (10.1%). Sesuai dengan status pengeluar dengan jualan tertinggi, Samsung juga telah membuka kilang telefon pintar terbesar dunia di India.

Kilang yang terletak di Noida, Uttar Pradesh ini mempunyai keluasan 140,000 meter persegi ataupun bersamaan dengan hampir 20 padang bola sepak. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in hari ini. Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 120 juta peranti setahun berbanding 67 juta peranti setahun sebelum ini.

Seramai 75,000 pekerja diperlukan untuk operasi seharian kilang ini. Ia pada asalnya dibuka pada penghujung 1997 untuk menghasilkan televisyen. Bahagian pengilangan telefon pintar hanya dibuka pada tahun 2007.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd