Pelanggan Unifi Sedia Ada Akan Menerima Naik-Taraf Sehingga 800Mbps

Pelanggan Unifi Sedia Ada Akan Menerima Naik-Taraf Sehingga 800Mbps

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan pakej baru Unifi Basic, pihak Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana pengguna sedia ada Unifi akan menerima naik-taraf untuk perkhidmatan mereka secara berperingkat. Seperti laporan sebelum ini, pengguna akan menerima naik-taraf sehingga 10 kali ganda berbanding talian sedia ada.

Unifi Turbo 800Mbps

Daripada contoh yang diberikan, Telekom Malaysia mengatakan pengguna Unifi 30Mbps akan dinaik-taraf sehingga 300Mbps, sementara Unifi 100Mbps pula akan menerima naik-taraf mencapai 800Mbps. Naik-taraf ini dilakukan dengan peningkatan kelajuan, tetapi pada harga langganan bulanan sama seperti sedia ada.

  • 20Mbps dan kebawah –> 100Mbps
  • 30Mbps –> 300Mbps
  • 50Mbps –> 500Mbps
  • 100Mbps –> 800Mbps

Proses naik-taraf ini akan dilakukan secara berperingkat bermula daripada 15 Ogos 2018 ini sehingga ke tahun hadapan. Seperti biasa, Telekom Malaysia mengalakkan pengguna mendaftar pelan Unifi Home sehingga penghujung tahun ini untuk turut menikmati naik-taraf ini bermula tahun hadapan.


TIPS & ULASAN