Carian
Oppo Find X Kini Boleh Dipra-tempah – Harga Bakal Diumumkan Pada 17 Julai
July 15, 2018 Aman

Oppo Malaysia hari ini telah memulakan proses pra-tempahan untuk telefon pintar mercu terbaru mereka, iaitu Oppo Find X. Hadir dengan rekaan skrin menyeluruh, pengguna yang berminat boleh membuat pra-tempahan melalui laman Lazada, dan meletakkan deposit sebanyak RM100.

Oppo Find X hadir dengan skrin 6.4-inci dengan resolusi 2340z1080 pixel, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan hadir dengan storan 245GB.

Ia turut menggunakan kamera hadapan 25-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16-megapixel + 20-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3730mAh.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah penggunaan ciri kamera yang boleh disembunyikan bagi mencapai rekaan skrin menyeluruh. Kamera hadapan dan belakang disembunyikan dan boleh dikawal secara mekanikal. Bahagian berkenaan akan naik dan turun berdasarkan penggunaan apabila peranti diaktifkan (untuk nyah-kunci berasaskan wajah), atau apabila aplikasi mengakses kamera.

Oppo Malaysia mengatakan harga akhir untuk peranti ini akan diumumkan pada 17 Julai kelak.

Komen