Carian
Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy Tab S4 Akhirnya Diketahui
July 18, 2018 Effi Saharudin

Pernah suatu ketika Samsung melancarkan satu tablet baharu setiap suku tahun. Tetapi dengan kurangnya sambutan dari pengguna, pasaran tablet Android kini hampir tidak wujud kerana dominannya iPad. Di IFA kelak Samsung Galaxy Tab S4 akan dilancarkan. Spesifikasi penuh tablet ini akhirnya diketahui selepas tertiris menerusi laman Sammobile.

Ia dilengkapi skrin 10.5″ SAMOLED dengan resolusi 2560×1600 pixel bernisbah 16:10. Cip Snapdragon 835 menjana peranti yang dipadankan pula dengan memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 7300 mAh.

Sistem operasi Android 8.1 akan digunakan bersama pelancar Samsung Experience. Ia tidak dilengkapi pengimbas cap jari dan bergantung sepenuhnya kepada sistem imbasan anak mata. Seperti kami laporkan sebelum ini, ia menyokong DeX yang membolehkannya disambung kepada monitor tambahan tetapi pada waktu yang sama menjadi monitor sekunder.

Komen