Sony Xperia XZ3 Mungkin Dilancarkan Pada 30 Ogos Kelak
Effi Saharudin
Acara IFA akan berlangsung di Berlin pada penghujung bulan Ogos. Pihak Sony telah mengesahkan mereka akan mengadakan pelancaran pada 30 Ogos kelak ketika acara sedang berlangsung. Ini besar kemungkinan akan menjadi tarikh pelancaran Sony Xperia XZ3.
Tahun demi tahu Sony akan melancarkan peranti terbaru mereka di IFA. Setakat ini maklumat yang diketahui mengenai Xperia XZ3 ialah ia mungkin dilengkapi empat kamera dengan dua di hadapan dan dua di belakang. Ini dipadankan dengan pemproses Snapdragon 845 dan memori sebesar 6GB RAM.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Ogos ini untuk melihat sama ada Sony benar-benar melancarkan peranti ini, atau mempunyai kejutan yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.