Sony Xperia XZ3 Mungkin Dilengkapi Empat Kamera

Sony Xperia XZ3 Mungkin Dilengkapi Empat Kamera

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Telefon pintar dengan dwi-kamera pada bahagian belakang dan hadapan mula muncul tahun lalu. Dengan sistem catur kamera ini, mengambil gambar bokeh boleh dilakukan pada kamera utama dan swafoto. Menurut laporan media Jepun, Sony Xperia XZ3 turut akan menggunakan sistem kamera ini.

Gambar sensor yang bakal digunakan turut tertiris di dalam laporan yang sama. Sony Xperia XZ3 dipercayai akan dilancarkan pada penghujung Ogos ini ketika acara IFA. Penggunaan sistem ini agak menarik kerana Sony antara syarikat paling lewat memperkenalkan sistem dwi-kamera pada peranti keluaran mereka. Sony Xperia XZ2 Premium adalah yang pertama dengan dwi-kamera pada bahagian belakang dan Xperia XA2 Ultra pula dengan dwi-kamera hadapan.

Sumber Sumahoinfo menerusi GSMArena


TIPS & ULASAN