Cari @ Amanz

LG boleh dikatakan menghadapi cabaran yang tinggi dalam arena peranti mudah-alih. Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan pengeluar Korea Selatan berkenaan untuk terus hadir dengan peranti baru.

Terkini, menjelang bulan September kelak, LG dijangka memperkenalkan LG V40 ThinQ secara rasminya. Menurut laporan yang hadir pada hari ini, ia dikatakan bakal dilancarkan pada pertengahan September, dan mula dijual di Korea Selatan pada Oktober kelak.

Buat masa ini, penawaran penuh telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi. Mengikut desas-desus sebelum ini, LG V40 ThinQ dikatakan akan hadir dengan 5 kamera, iaitu tiga dibelakang seumpama Huawei, dan dua kamera swafoto dihadapan.

Selain LG, beberapa pengeluar turut merancang untuk memperkenalkan telefon pintar mereka dalam sebulan dua ini, termasuk Samsung dan Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd