Carian
BlackBerry Key2 Lite Tertiris – Mempunyai Bentuk Hampir Sama Dengan Pilihan Warna Berbeza
July 19, 2018 Fahim Zahar

Minggu lepas, BlackBerry Key2 telah pun mula dijual di Malaysia secara rasmi. Ia membawakan spesifikasi kelas pertengahan dengan rekaan premium yang sesuai dengan golongan usahawan. Terbaru daripada peniris terkenal @evleaks – BlackBerry Key2 Lite mungkin akan dilancarkan.

Menurut Evan Blass, BlackBerry Key2 Lite ini mempunyai bentuk dan rekaan yang hampir sama. Tetapi binaan keseluruhan adalah daripada plastik dan akan terdapat lebih banyak warna pilihan seperti, merah, biru dan gangsa.

Selain itu, BlackBerry Key2 Lite ini mungkin akan dilancarkan pada acara IFA bulan Ogos kelak. Apakah spesifikasi yang digunakan dan harga jualannya? Sama-sama kita nantikan daripada BlackBerry akan datang.

Komen