Carian
Corning Turut Memperkenalkan Gorilla Glass DX/DX+ Untuk Jam Tangan Pintar
July 19, 2018 Aman

Bersama-sama pengenalan Gorilla Glass 6 untuk telefon pintar yang dikatakan mampu bertahan sebanyak 15 kali jatuhan dari ketinggan 1 meter, pihak Corning turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kaca tahan lasak mereka untuk jam tangan pintar.

Hadir dalam dua variasi, Gorilla Glass DX dan Gorilla Glass DX+ – kedua-duanya hadir dengan sokongan kalis calar, dan sokongan anti-pantulan, selain pada masa yang sama mengekalkan penawaran ketahanan kaca yang berkualiti.

Corning Gorilla Glass DX

Corning mengatakan kedua-dua kaca ini menawarkan kemudahan untuk membaca yang lebih baik, selain meningkatkan kadar kontras sehingga 50% pada tahap kecerahan yang sama berbanding kaca lain di pasaran.

Variasi Gorilla Glass DX+ dilihat menawarkan ketahanan yang lebih tinggi berbanding Gorilla Glass DX.

Kita mungkin melihat penggunaan kaca skrin baru ini pada peranti-peranti akan datang dalam beberapa bulan lagi.

Komen