Cari @ Amanz

Semalam kami laporkan di mana HTC mula menarik diri daripada pasaran di India. Tiga eksekutif tertinggi HTC India telahpun meletakkan jawatan. Sebahagian besar daripada 80 kakitangannya juga sudah diarahkan untuk meletakkan jawatan. Terkini, laporan daripada ET Telecom mengatakan HTC menafikan penarikan diri daripada pasaran telefon pintar di India.

Menurut mereka, di India masih ada lebih 10 pekerja yang boleh menguruskan jualan telefon pintar. Jika mereka teruskan juga jualan ini, mereka akan berdepan dengan hutang melebihi INR1000,000 (~RM58,950) dengan pengedar-pengedar di sana.

Oleh yang demikian, HTC akan berurusan dengan saluran rakan niaga lain untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd