Carian
Samsung Akan Melancarkan Pengecas Nirwayar Yang Boleh Mengecas Dwi Peranti Serentak
July 22, 2018 Effi Saharudin

Pengecasan nirwayar telah disokong pada peranti Samsung sejak Galaxy S6. Mereka telah mengeluarkan beberapa model pengecas nirwayar tetapi kesemuanya hanya mampu mengecas satu peranti sahaja. Dengan pelancaran Galaxy Note 9 kelak, mereka akan akhirnya menghasilkan pengecas nirwayar yang menyokong pengecasan dua peranti serentak.

Rekaan Wireless Charge Duo telah tertiris ke arena web menerusi akaun Roland Quandt. Ia direka untuk mengecas sebuah telefon pintar dan Galaxy Watch. Terdapat satu pad pengecas menegak yang boleh diratakan sekiranya diperlukan. Bersebelahannya terdapat pad pengecas yang lebih kecil untuk Galaxy Watch tetapi boleh juga digunakan untuk mengecas sebuah telefon pintar. Ia masih mengekalkan format Qi dan pengecasan nirwayar pantas secara serentak.

Komen