Cari @ Amanz

Pengecas nirwayar Samsung Wireless Charge Duo akan dilancarkan serentak dengan Note 9 bulan hadapan. Rekaan kotak pengecas yang mampu menyokong dua peranti serentak ini telah tertiris pada hujung minggu lalu. Hari ini rekaan penuhnya tertiris dari semua sudut.

Satu pad mengecas peranti secara menegak manakala satu lagi secara mendatar. Pada mendatar ini sebenarnya direka untuk mengecas jam tangan pintar Galaxy Watch yang dipercayai turut dilancarkan serentak dengan Note 9 kelak. Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu peranti yang menyokong pengecasan nirwayar, aksesori ini dikatakan akan dijual pada harga sekitar € 75 (~RM 356) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd