Cari @ Amanz

Asus agak aktif akhir-akhir ini dalam mencuri perhatian pengguna tempatan. Selepas hadir dengan penawaran peranti Zenfone Max Plus M1 pada harga yang sangat kompetitif, dan Zenfone 5z dengan spesifikasi tinggi pada harga rendah, kini Asus dijangka hadir dengan ROG Phone tidak lama lagi.

Salah satu pengedar rasmi Asus Malaysia, iaitu DirectD kini telah memulakan pendaftaran minat untuk Asus ROG Phone dengan jaminan tempatan – dilihat mungkin ditawarkan dalam variasi storan 256GB dan juga 512GB.

Asus ROG Phone merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan kepada permua, hadir dengan skrin 6-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel, menyertakan paparan dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan berasaskan UFS 2.1.

Asus turut menyertakan sejumlah ciri-ciri memfokuskan permua pada ROG Phone ini, termasuk sebuah aplikasi Game Center.

Buat masa ini, ia tidak diketahui berapakah harga jualan telefon pintar ini. Memandangkan Asus sedia menawarkan Zenfone 5z dengan 256GB dan 8GB RAM pada harga RM2299, kita mungkin boleh nantikan ROG Phone ini turut hadir pada harga yang agak kompetitif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd