Asus Zenfone 5z Dengan 8GB RAM Dan 256GB Storan Turut Memasuki Malaysia – Berharga RM2299

Asus Zenfone 5z Dengan 8GB RAM Dan 256GB Storan Turut Memasuki Malaysia – Berharga RM2299

Diterbitkan pada July 17, 2018 oleh .

Semalam, kita telah melihat Asus Malaysia menyenaraikan telefon pintar Asus Zenfone 5z untuk pasaran tempatan. Ia hadir dengan cip Snapdragon 845, dan memori 6GB RAM, ditawarkan pada harga RM1899 untuk pasaran Malaysia. Harga jualannya boleh dikatakan sangat kompetitif.

Asus Zenfone 5z

Hari ini, selesai pengenalan Oppo Find X dengan 8GB RAM dan 256GB storan, pihak Asus Malaysia turut mengambil peluang untuk menyenaraikan model Asus Zenfone 5z dengan memori dan storan serupa – iaitu 8GB RAM dan 256GB storan. Menariknya, ia hadir pada harga RM2299, yang mana boleh dikatakan sangat kompetitif.

Asus Zenfone 5z 8GB RAM

Secara keseluruhan, Asus Zenfone 5z hadir dengan skrin 6.2-inci dengan paparan HD+ penuh, dilengkapi skrin bertakuk, cip Snapdragon 845, bateri 3300mAh, dwi-kamera belakang, dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Dengan kedua-dua variasi Asus Zenfone 5z ini, semestinya ramai pengguna yang inginkan spesifikasi tinggi akan melihat kepada pilihan daripada pengeluar Taiwan ini – apatah dengan harga yang sangat kompetitif berbanding dengan OnePlus 6 mahupun Xiaomi.

Beli : Asus Zenfone 5z 8GB RAM


TIPS & ULASAN