Cari @ Amanz

Air ialah elemen yang diperlukan untuk manusia hidup. Dalam pencarian planet untuk dikoloni, kewujudan air adalah perlu bagi kelangsungan hidup. Ahli saintis dari Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) hari ini mengumumkan penemuan tasik berisi air di permukaan planet Marikh. Ini adalah kali pertama air ditemui dalam bentuk cecair di planet yang dilihat berpotensi menjadi planet kedua diduduki manusia di masa hadapan.

MarikhPenemuan dilakukan oleh proba MARSIS (Mars Advanced Radar for Subsurface and Ionosphere Sounding) yang sudah mengorbit Marikh sejak 2005. Tasik selebar 20 kilometer ini terletak 1.5 kilometer di bawah permukaan tasik beku di kutub selatan planet tersebut. Air yang ditemui tidak membeku walaupun suhu mencecah -68° C. Kewujudan garam  natrium, magnesium dan kalsium serta tekanan tinggi merendahkan tahap beku air.

Sebelum ini air hanya ditemui dalam bentuk pepejal tetapi kewujudannya telah diramal sejak 1784 oleh Willaim Hershel. Beliau mempunyai teori tompok putih pada kedua-dua kutub Marikh adalah ais. Penemuan lantai sungai dan ngarai purba pada 1971 mengukuhkan lagi teori bahawa berjuta tahun yang lalu Marikh mempunyai air yang mengalir. Penemuan tasik cecair ini meningkatkan lagi kebarangkalian menemui hidupan buat pertama kali di luar bumi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd