Spesifikasi Motorola One Power Tertiris Melalui TENAA

Spesifikasi Motorola One Power Tertiris Melalui TENAA

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Sudah lebih dua bulan berita terakhir mengenai Motorola One Power dilaporkan. Ia adalah peranti kedua Motorola yang menjalankan Android One. Kini, melalui laman TENAA – spesifikasi peranti ini tertiris.

Berbeza dengan gambar yang tertiris sebelum ini, Motorola One Power ini dilihat menggunakan skrin tanpa takuk. Ia menggunakan panel 6.18-inci TFT FHD+, memori 3/4/6 GB RAM, storan 32/64 GB, pemproses lapan teras pada kelajuan 1.8GHz dan juga sistem dwi-lensa untuk kamera belakang dan satu lensa di hadapan. Menguasakan peranti Android One baru ini adalah bateri sebesar 4850 mAh.

Motorola One Power ini dilihat seakan barisan peranti Motorola dengan Android One baru dan bukannya pewaris kepada Moto X4. Berdasarkan jenis cip pemproses, ia mungkin adalah daripada Snapdragon siri 4xx. Oleh itu, ini mungkin akan ditawarkan pada harga mampu milik seperti Xiaomi Mi A2 Lite.


TIPS & ULASAN