Telegram Kini Mempunyai Fungsi “Mark As Read” Untuk Notifikasi Android

Telegram Kini Mempunyai Fungsi “Mark As Read” Untuk Notifikasi Android

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Telegram adalah satu aplikasi permesejan yang mudah digunakan dan penuh dengan pelbagai ciri dan fungsi. Baru-baru ini, mereka baru sahaja memperkenalkan “Telegram Passport” untuk sokongan pengesahan identiti dengan mudah. Terkini, melalui kemaskini di bahagian server – fungsi “Mark As Read” telah diperkenalkan.

Fungsi ini sudah lama hadir dalam beberapa aplikasi SMS untuk Android. Di mana selain fungsi menekan “Reply” untuk membalas dengan pantas, ia turut mempunyai fungsi “Mark As Read” agar notifikasi tidak menganggu. Kini, fungsi ini hadir untuk Telegram dan Telegram X secara berperingkat.

Saya telah mencubanya dan pada Xiaomi Mi A2 saya, fungsi ini berfungsi pada Telegram dan tidak pada Telegram X. Manakala pada Xiaomi Mi 6, fungsi ini hanya hadir pada Telegram X. Ia mungkin akan hadir kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN