Carian
Oppo F9 Akan Dilancarkan Di Malaysia Ogos Ini Dengan Skrin Bertakuk Kecil
July 30, 2018 Effi Saharudin

Oppo melancarkan banyak peranti tahun ini merangkumi peranti mercu, pertengahan dan juga permulaan. Bulan ini sebuah lagi peranti akan dilancarkan dengan 90.8% permukaan hadapan peranti adalah skrin. Imej acah Oppo F9 mula dikongsikan oleh Oppo Malaysia pada laman media sosial mereka.

Dari apa yang dapat dilihat, peranti ini akan mempunyai takuk skrin yang bersaiz kecil jika dibandingkan dengan yang boleh ditemui pada R15 dan F7 sebelum ini. Rekaan takuk water drop ini menyerupai yang ditemui pada Essential Phone. Ia turut dipercayai akan digunakan pada Oppo R17 kelak.  Tiada maklumat mengenai spesifikasi diketahui setakat ini tetapi peranti siri F Oppo biasanya mensasarkan kemampuan fotografi yang baik.

Komen