Cari @ Amanz

Huawei amat agresif dalam memasarkan peranti mereka terutamanya di Malaysia. Gergasi komunikasi dari China ini sudah mencatatkan jualan 100 juta peranti setakat ini dengan harapan memintas Apple sebagai pengeluar kedua terbesar di dunia pada tahun 2018. Di China dominasi mereka semakin meningkat dan mengekalkan kedudukan pertama pada suku ke-dua 2018.

Menurut data yang dikongsi oleh penganalisa Canalys, Huawei memegang 27% pasaran peranti di China diikuti oleh Oppo (21%), Vivo (20%) dan Xiaomi (14%). Huawei, Oppo dan Vivo ketiga-tiganya mencatatkan peningkatan jualan berbanding suku yang sama tahun lalu walaupun jumlah jualan keseluruhan peranti terjual menurun (104 juta vs 113 juta) . Statistik menarik ialah pengeluar lain di luar empat kedudukan atas menunjukkan penurunan jualan sebanyak -51%.

Sebuah lagi fakta menarik ialah 55% jualan Huawei datang dari sub jenama mereka Honor. Di China Huawei bersaing dengan jenama mereka sendiri dari segi jualan. Strategi menjual peranti Honor dengan spesifikasi yang sama pada harga yang lebih murah nampaknya mengancam jualan Huawei. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Jika diberikan pilihan adalah anda memilih untuk membeli peranti Huawei atau Honor?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd