Huawei Telah Berjaya Menjual 100 Juta Telefon Pintar Tahun Ini

Huawei Telah Berjaya Menjual 100 Juta Telefon Pintar Tahun Ini

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Mengikut angka jualan tahun lalu, Huawei ialah pengeluar peranti ketiga terbesar di dunia di belakang Samsung dan Apple. Mereka mempunyai sasaran memintas Apple tahun ini. Di acara pelancaran Huawei Nova 3i semalam, mereka mengumumkan telah berjaya menjual 100 juta peranti tahun ini.

Ini ialah masa terpantas 100 juta dapat dijual oleh mereka. Tahun lalu ia dicatatkan pada 12 September dan pada tahun 2016 ia dicatatkan pada 14 Oktober. Jelas sekali jualan peranti Huawei semakin meningkat. Peranti utama mereka dari siri P20 telahpun terjual sebanyak 6 juta unit setakat ini. Sekiranya mereka berjaya memintas Apple tahunini, Huawei ingin memintas Samsung  pula menjelang 2021.


TIPS & ULASAN