Televisyen dengan sokongan 4K kini boleh dimiliki pada harga di bawah RM2000 sebuah. Dengan harga yang semakin mampu milik ini, pengguna boleh menikmati visual pada tetapan tertinggi dari rumah. Astro ialah pengendali televisyen satelit negara dan mereka akhirnya kan menyokong siaran kandungan 4K.
Mereka telah mengumumkan bahawa tayangan perdana kandungan 4K ultra HD akan berlangsung pada 12 Ogos ini. Pada hari tersebut dua perlawanan Liga Perdana Inggeris disiarkan pada resolusi tinggi ini. Perlawanan yang terpilih ialah Liverpool menentang West Ham dan Arsenal menentang Man City.
Pada acara tersebut Astro akan berkongsi dengan lebih terperinci tentang penawaran kandungan 4K mereka kelak. Sokongan siaran 4K ini sudah lama dinantikan sejak siaran kandungan HD mula ditawarkan pada tahun 2009.