Cari @ Amanz

Apabila mengambil ujian memandu, calon akan memandu sambil dipantau oleh anggota JPJ. Dari pengalaman peribadi, kehadiran pemeriksa ini membuatkan pemandu gemuruh. Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengumumkan sistem ujian memandu elektronik (e-testing) akan diuji di Johor selama tiga bulan.

Semasa ujian dilakukan, pemandu akan dipantau dari jarak jauh menggunakan kamera litar tertutup dan GPS. Dengan pengenalan ujian elektronik ini, kerajaan berharap masalah rasuah lesen terbang akan dapat dibanteras kerana tiada interaksi di antara pelajar dan juru uji. Selepas usai tempoh percubaan pada penghujung tahun, kerajaan akan memperkenalkannya ke seluruh negara pada 2019.

Sistem yang digunakan di Malaysia ini walau bagaimanapun masih belum dapat menandingi sistem yang digunakan di China. Di negara tersebut, penyelaku yang dilengkapi sistem realiti maya digunakan untuk melakukan ujian memandu. Tiada masalah kesilapan ketika ujian mengakibatkan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd