Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 Pro akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Tahun demi tahun ia diiklankan oleh Huawei sebagai peranti yang lebih baik berbanding iPhone dan Galaxy Note. Tahun ini Mate 20 dipercayai akan dilengkapi pemproses terkini Kirin 980. Gambar sebuah peranti yang dikatakan adalah Mate 20 Pro sudahpun tertiris di China.

Hanya bahagian hadapan sahaja dapat dilihat setakat ini dan ia tidak mempunyai sebarang takuk. Bezelnya pula nipis dengan rekaan hampir nirbingkai. Bahagian dahi peranti adalah amat nipis membuatkan kami terfikir mungkin sistem kamera yang boleh disembunyikan seakan Oppo Find X mungkin akan digunakan.

Selain penggunaan Kirin 980, kedengaran ura-ura peranti ini akan dilengkapi sistem tri-kamera seperti P20 Pro dan pengecasan pantas 40W. Tahun ini peranti keluaran Huawei tidak mengecewakan dan kami kini teruja untuk melihat apakah yang bakal ditawarkan oleh Mate 20 Pro kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd