Gambar Acah Huawei Mate 10 Memberikan Petanda Ia Melangkaui Kemampuan Galaxy Note 8
August 27, 2017
Huawei
Effi Saharudin
Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan pada rabu yang lalu. Ia adalah peranti pertama Samsung dengan sistem dwi-kamera. Huawei segera menggunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan gambar acah untuk Mate 10 yang akan menjadi pesaing kepada Note 8.
Dari gambar acah di atas, Huawei mengucapkan selamat datang ke dunia peranti dwi-kamera kepada Samsung. Pada waktu yang sama mereka menggunakan tanda pagar #BeyondTheGalaxy untuk Mate 10 yang bakal dilancarkan pada 16 Oktober hadapan.
Pihak Huawei sudahpun mengesahkan Mate 10 akan menggunakan rekaan hampir semua-skrin. diperkasakan pemproses Kirin 970 dan kecerdasan buatan yang terkini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.