Xiaomi Mi A2 Lite Akan Dijual Di Malaysia Bermula 18 Ogos Pada Harga RM699

Xiaomi Mi A2 Lite Akan Dijual Di Malaysia Bermula 18 Ogos Pada Harga RM699

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Bagi yang merasakan harga Xiaomi Mi A2 masih di luar kemampuan, Xiaomi Mi A2 Lite turut akan memasuki pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun pengguna perlu menanti sehingga 18 Ogos untuk ia mula dijual di pasaran tempatan. Bagi yang berminat untuk memilikinya, peranti yang juga menggunakan sistem operasi Android One Oreo 8.1 ini akan mula dijual pada harga RM699 sebuah. Di Malaysia hanya model 3GB/32GB akan ditawarkan.

Xiaomi Mi A2 Lite

Xiaomi Mi A2 Lite hadir dengan skrin bertakuk 5.84-inci, dijana cip Snapdragon 625, memori sehingga 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 5-megapixel. Menjananya juga adalah bateri 4000mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN