Huawei Mengatasi Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia
Artikel Berkaitan

Huawei Mengatasi Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Walaupun jualan iPhone dan iPad meningkat pada tahun ini, Apple tetap tewas dalam menjadi penjual telefon pintar terbesar dunia. Terbaru adalah, Huawei kini berjaya mengatasi Apple dalam menjadi penjual telefon pintar terbesar dunia. Mereka berada di tangga kedua selepas Samsung.

Menurut laporan IDC, penjual telefon pintar memasarkan sebanyak 342 Juta unit pada bulan Jun 2018, ini adalah penurunan sebanyak 1.8% berbanding tahun lepas.

Manakala, untuk Huawei – mereka berjaya memegang takhta tangga kedua sebagai penjual telefon pintar terbesar dunia, dengan mengatasi pemasaran iPhone. Huawei memasarkan 54.2 Juta unit, secara terus mendominasi 15.8% pasaran keseluruhan. Apple pula hanya memasarkan 41.3 Juta unit iaitu 12.1% sahaja.

Walaupun Huawei nombor dua, Samsung masih lagi “Raja” dalam pemasaran telefon pintar – kerana mereka berada di tempat pertama. Menurut IDC, Apple mungkin akan kembali menjadi penjual terbesar selepas iPhone 2018 dilancarkan.


TIPS & ULASAN