TikTok Dan Musical.ly Bergabung Menjadi Satu Aplikasi Dibawah Nama TikTok

TikTok Dan Musical.ly Bergabung Menjadi Satu Aplikasi Dibawah Nama TikTok

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

TikTok boleh dikatakan telah menjadi salah satu aplikasi yang diperkatakan ramai pada tahun ini, malah pengguna aktifnya juga telah melangkaui angka 500 juta. Terkini, hari ini pembangun aplikasi berkenaan mengumumkan mereka akan menyatukan TikTok bersama-sama satu lagi aplikasi milik Bytedance (penerbit TikTok), iaitu Musical.ly.

Musical.ly sendiri merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna menghasilak reaksi terhadap sesuatu lagu secara kreatif – sementara TikTok pula membolehkan pengguna hadir dengan video kreatif masing-masing melaluinya. Disebabkan penawaran ciri yang lebih kurang sama, pembangunnya memilih untuk mengabungkannya menjadi satu, dan aplikasi baru akan ditawarkan dibawah jenama TikTok.

TikTok baru ini kelak dikatakan bakal mengintegrasikan pelbagai elemen popular daripada Musical.ly – termasuk memperlihatkan pelbagai perkongsian popular daripada komuniti melalui tab baru dinamakan “For You”.

Pengguna Musical.ly sedia ada akan menerima naik-taraf secara automatik kepada aplikasi baru pada kemaskini akan datang.


TIPS & ULASAN