Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini telah berkongsi perancangan untuk mula mengenakan caj kepada pengguna WhatsApp Business. Selain daripada itu, perkhidmatan permesejan berkenaan juga dilihat merancang untuk memperkenalkan sokongan pengiklanan terus pada WhatsApp Status – iaitu sebuah ciri seumpama Stories yang ditawarkan pada perkhidmatan permesejan berkenaan.

Sebelum ini, WhatsApp mengatakan mereka kini mempunyai lebih 450 juta pengguna aktif yang menggunakan WhatsApp Status – yang mana lebih tinggi berbanding Instagram Stories. Instagram Stories sendiri telah mula memaparkan iklan, dan dengan perkembangan WhatsApp Status, semestinya pemiliknya Facebook ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan permesejan tersebut.

WhatsApp Status

Melalui WSJ, ia dikatakan Facebook akan mula memperkenalkan pengiklanan pada bahagian WhatsApp Status bermula tahun hadapan. Kita mungkin dapat melihat implementasi seumpama pada Instagram Stories – dimana iklan dipaparkan dalam beberapa saat antara pertukaran dari satu Stories kepada yang lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd