Apple Ialah Syarikat Pertama Bernilai $1Trilion
Effi Saharudin
Apple semalam mencatatkan sejarah sebagai syarikat pertama yang bernilai $1 trilion (~RM 4.07 trilion). Nilai seunit saham Apple kini bernilai $207.39 selepas pasaran ditutup sekaligus melayakkannya menjadi syarikat pertama yang mempunyai nilai yang amat tinggi ini. Syarikat yang paling hampir mengejar Apple sekarang ialah Amazon yang mempunyai nilai hanya $873.52 bilion.
Peningkatan nilai Apple ini berlaku selepas syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs ini mengumumkan keuntungan yang tinggi pada suku kedua 2018. Lebih 41 juta iPhone, 11 juta iPad dan 3 juta Mac dilaporkan terjual. Saham Apple kali pertama ditawarkan pada 12 Disember 1980 pada harga $22 seunit.
Sekiranya anda melaburkan $1012 pada Apple tiga puluh lapan tahun yang lalu, unit saham yang anda miliki sekarang bernilai $534,236 selepas mengambil kira pecahan saham. Ini bersamaan dengan pulangan 527 kali ganda.Sekiranya anda mempunyai akses kepada mesin masa, ini mungkin pelaburan yang boleh anda lakukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.