Motorola Moto Z3 Dilancarkan Dengan Snapdragon 835 Dan Sokongan Moto Mod
Artikel Berkaitan

Motorola Moto Z3 Dilancarkan Dengan Snapdragon 835 Dan Sokongan Moto Mod

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Peranti mercu Motorola Moto Z3 akhirnya dilancarkan secara rasmi dua bulan selepas Moto Z3 Play. Ia juga menurut Motorola ialah peranti pertama yang boleh dipertingkatkan untuk menyokong rangkaian 5G menerusi aksesori 5G Moto Mod yang dijual berasingan.

Dari segi spesifikasi Moto Z3 dilengkapi skrin 6.01-inciSAMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama 12+12 Megapixel f/2.0, kamera swafoto 8-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas TurboPower 15W menerusi port USB-C.

Pengimbas cap jari terletak pada sisi kanan peranti terbina pada butang kuasa. Selari dengan kehendak pasaran, Moto Z3 turut menyokong sistem nyahkunci menggunakan wajah. Kesemua Moto Mod yang dihasilkan sejak dua tahun yang lalu boleh digunakan pada Moto Z3.  Buat masa ini peranti ini hanya disahkan akan dijual di Amerika Syarikat sahaja.


TIPS & ULASAN