Huawei Ingin Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Pertama Dunia Menjelang Penghujung 2019

Huawei Ingin Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Pertama Dunia Menjelang Penghujung 2019

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Minggu ini menyaksikan Huawei akhirnya menewaskan Apple dari segi angka pengeluaran peranti, sekaligus menduduki tangga kedua di dunia hanya dibelakang Huawei. Kini, bercakap mengenainya kepada Bloomberg, Richard Yu dari Huawei mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar terkemuka dunia menjelang penghujung 2019 kelak.

Ini sekaligus bermakna mereka menyasarkan untuk menewaskan Samsung dan merebut kedudukan pertama dunia dalam tempoh sekitar setahun lebih lagi.

Huawei menyasarkan mempunyai lebih 20% pegangan saham dunia dalam arena telefon pintar – yang mana boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding kedudukan mereka pada hari ini yang sekitar 15%. Namun, dengan sasaran dan kejayaan Huawei untuk mengatasi Apple sebelum ini, tidak mustahil mereka melakukan perkara sama untuk mengatasi Samsung pada tahun hadapan.

Huawei juga pada tahun ini menyasarkan yang mana mereka akan mengeluarkan lebih 200 juta unit telefon pintar.


TIPS & ULASAN