Carian
Xiaomi Mi 8 Melepasi Pengesahan Sirim – Pelancaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi?
August 6, 2018 Aman

Xiaomi nampaknya akan menawarkan telefon pintar Xiaomi Mi 8 secara rasminya di Malaysia tidak lama lagi. Hal ini diketahui melalui pengesahan peranti berkenaan yang telah pun melepasi Sirim pada hari ini.

Xiaomi Mi 8 sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Mei lepas. Ia hadir dengan skrin 6.21-inci AMOLED, dilengkapi rekaan bertakuk, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS. Ia turut menyertakan sokongan dwi-kamera belakang 12+12MP, selain kamera hadapan 20-megapixel.

Satu lagi model peranti yang turut melepasi Sirim baru-baru ini adalah Xiaomi Pocophone F1 yang diura-ura bakal hadir dengan cip Snapdragon 845 juga.

Dengan pengesahan Sirim untuk kedua-dua peranti ini, kita mungkin dapat melihat ia dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi – apatah lagi dengan Xiaomi sendiri yang kelihatan agak aktif di Malaysia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Xiaomi Sirim 6 Ogos

Terima kasih S.F Ramlee untuk tips.

Komen