Carian
Essential Phone Mula Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie
August 7, 2018 Aman

Menariknya, selain daripada telefon Pixel yang menerima kemaskini Android 9.0 Pie hari ini, satu lagi pengeluar turut mengambil peluang untuk menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru Android berkenaan kepada pengguna peranti mereka, iaitu Essential.

Essential kini telah mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie kepada semua pengguna Essential Phone, sekaligus membolehkan pengguna telefon pintar berkenaan menikmati sistem operasi terbaru berkenaan ketika hari pengumumannya hari ini.

Android 9.0 Pie ini hadir dengan integrasi kecerdasan buatan menyeluruh untuk mengawal bateri dan kecerahan skrin, notifikasi yang diberikan nafas baru, navigasi berasaskan gesture, serta sejumlah ciri baru lain. Beberapa ciri-ciri seperti kawalan penggunaan aplikasi dan sebagainya dijangka bakal menyusul dalam bulan akan datang.

Sekiranya anda menggunakan Essential Phone, anda boleh naik-taraf peranti anda kepada Android 9.0 Pie hari ini.

Komen