Microsoft Meneruskan Sokongan Skype “Classic” Untuk Sementara Waktu

Microsoft Meneruskan Sokongan Skype “Classic” Untuk Sementara Waktu

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan yang mana Skype “Classic” atau Skype 7.0 akan ditamatkan sokongannya dan berhenti berfungsi bermula 1 September 2018 kelak. Langkah ini adalah usaha Microsoft untuk memindahkan semua pengguna kepada versi Skype moden yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru.

Skype 8.0

Walaubagaimanapun, ramai pengguna tidak menyukai rekaan moden dan masih mengemarkan versi Skype 7.0 – termasuk kerana Skype versi baru tidak begitu menepati kriteria pengguna sekian ada. Ramai juga yang memohon untuk Microsoft meneruskan sokongan untuk versi lama dan tidak memaksa pengguna untuk beralih ke versi baru.

Kini, mendengar maklumbalas pengguna, Microsoft mengatakan mereka akan meneruskan sokongan untuk Skype 7.0 atau Skype “Classic” ini untuk sementara waktu.

Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan sehingga bila mereka akan menyokongnya. Apa pun, bagi pengguna Skype 7.0 sedia ada, anda boleh terus menggunakannya melangkaui 1 September ini tanpa perlu beralih ke Skype 8.0 untuk waktu ini.


TIPS & ULASAN